Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

Drama Review : Bila Hati Berbicara.

Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

 Haaaiii rakan-rakan. Harini ana merajin lagi sekali nak buat drama review.Kali ni Bila Hati Berbicara : Mampukah bibir mengucap cinta? Eeeuuu muahhh :3 Drama ni ada 32 episod dan masih bersiaran di akasia tv3.Last nya tak silap isnin ni.Jadi,sekarang ni drama tersebut masih berbaki 3 episod. Jom jom tengok!


So,ana ni cam biasalah.Pantang ada drama best sikit dah download.Tapi,ana cuma download episod klimaks je...yang best-best je...bagi ana lah kan,episod 19-23 je yg paling best.Sebab dalam lima episod ni lah Emir melamar Tania,kahwin,diorang pergi honeymoon.Episod lain mcm banyak konflik.Tak syok katako...Sebelum tu,pelakon-pelakon Bila Hati Berbicara adalah seperti berikut.Ececeh...
Syafiq Kyle : Emir Qasha
Atikah Suhaime : Tania Katsura
Hafreez Adam Aizat : Badri Fathul
Raja Ilya : Baby
Hanna Aqeela : Nadia
Azwan Kombos : Taufiq
dan sebagainya...

At first,drama ini agak KAKU ye..memang ramailah orang cakap camtu.Mak ana pun tak berapa gemar dgn drama ni sebab pelakon-pelakon dia agak kaku.Mungkin sebab diorang pelakon baru.Atau mungkin sebab first time Suhan Movies buat adaptasi novel ke drama.Entahla...Tapi time tengah-tengah drama ni bersiaran,rating agak naik.Mungkin sebab pelakon dah ada chemistry antara satu sama lain...ececeh...over bebenor ana ni pulakk...

Ana paling suka watak Nadia.Sebab dia comel.Sepatutnya Nadia jadi heroin ((sukatije)).Eeeee memang comel betullah dia ni.Tapi Tania pun apa kurangnya.Adalah tu hikmah sebab apa dan mengapa Atikah dipilih menjadi heroin.Ye idokk?
 *Haaa comel en Atikah*

Ana bukan nak komen ke apa.Tapi,kebanyakan episod dalam drama ni mcm tak penting pun disiar.Jalan sekejap,pastu pusing,pandang antara satu sama lain,pusing balik,pastu jalan...macam tak penting enn? Lagi satu,si Tania ni pulak,tiap kali Emir cakap dgn dia,mesti dia pandang bawah.Memanglah kena jaga pandangan,jaga ikhtilat,tapi cuba lawan pandangan.Barulah penonton macam huu haa huu haa.Tak gitu?

Lastly,meh kita tengok drama ni meh. Kalau korang ada masa lebih ke terluang ke. Tapi kena ingat,sebelum mengadap drama ni atau mana-mana drama sekalipun,solat dulu.Buat kerja rumah,tolong mak.Dah siap semua tu,baru ngadap ye? Okay okay,got to go. Bye bye bye bye outss. Wassalam.
* Tunggu ana buat drama review seterusnya.Mungkin drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.Ataupun Zahira.Ataupun Syurga Tanpa Cinta.Jeng jeng jeng...*


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.