Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

SECOND HEARTBROKEN IN MY LIFEU T_T

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


Huwaaaaaa T_T

(ok ana terus cerita la ek) so last saturday & sunday (27 & 28 July), sekolah ana ada buat camping UB dekat this one area somewhere in Puchong. Ana ditugaskan untuk tido sana la (konon jaga budak) padahal nak join jungle trekking and mandi air terjun jak hahaha

so, long story short sampai sana ana terus berkenan kat sorang kem komanden ni (cehh haha) cambiaso la ana ni cepat suka, tapi susah jatuh cinta hahaha... memula tu ana just bisik kat kak ummi & kak zaty "tolong tanyakan umur dia" BAHAHAHA sebab kalau nengok rupa ana assume dia maybe one or two year younger than me. Rupa-rupanya sama umur omooooooo

And korang tahu-tahu jela si ustat anep dgn ustat fadhil ni pantang nampak laki single. semua nak di-pass kat aku. macamla ana sorang je single kat sekolah tu. tapi ana suka la depa dok kenen-kenen kan ana dengan kem kom tu sebab ana pun sudah mula jatuh cinta padanya hohoho

tak taula apa yang menyebabkan ana fall in love dgn dia, rupa dia so-so la, manis-manis cute gitu. tapi sangat soft-spoken dan hormat orang lain auch~ I can see my dad in him hahah

tapi cambiaso la ana takleh tau kalau orang kenen-kenen hahaha awkward teruk kotawu. so memang ana avoid at all cost untuk interact or even bertentang mata pun dengan kem kom tu. 2D1N memang ana takde sembang langsung tau tapi you know love comes at different type of form? cissss gatai nawww

so yeah, almost half of the school tahu beb ana suka kat kem kom tu PUHAHAHA so ana mintak tolong kak awien jadi orang tengah tolong tanyakan status dia...

Ya Allah korang nak tahu tak betapa gigihnya ana berdoa supaya status dia single and available and dia tertarik dengan ana. Ana tahajjud gaissss ya Allah sekian lama ku tidak bangun malam, sekarang baru nak ingat Dia? Astaghfirullah... But yeah, I tried to twice-ing my ibadah in hopes Allah hears my wish and prayers.

Tapi...

Hari selasa ana dapat tahu dia dah berpunya T_T

Frust terok beb!!! Ana nangis time solat zohor kat sekolah (haha) pastu sambung nangis depan dekna BAHAHAHA teruk naw heartbroken nya... macam la aku putus cinta dengan dia, padahal baru letak harapan je...

Tapi tulah, ana letak harapan terlalu tinggi. Ana terlalu merasakan dia juga suka pada ana... tapi tidak T_T

Mungkin ini balasan pada ana kerana melupakan Dia selama ini? Dan kembali menghadap Dia selepas tergesa-gesa mahukan sesuatu?

Huhu ampuni daku ya Allah... Tuntunlah aku kembali pada jalan dan redha-Mu

Buat masa sekarang, Im still in the process of healing. Don't recommend me to anyone hahah...

Cehh acah kan ko ecah >,<

(btw dekna kata dia baru berpunya ja, belum bertunang or even worst, nikah pun? so should I make a bold move? or just simply move on?)


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

NEW YEAR, NEW COMMITMENT!

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

NEW YEAR??? Lagi berapa minggu nak January 2024 gaesss. Ya Allah rupanya nak hampir setahun saya bergelumang dalam dunia pendidikan ya. Alhamdulillah tahniah buat diri sendiri, dan tahniah buat anak-anak murid yang berjaya menahan telinga dari bebelan sebakul muallimah setiap hari >,<

So yasss, kalau kome belum tau, actually ana dah beli kereta baru ya bulan Julai tempoh hari (sungguhpun baru 6 bulan jagung bekerja), but I really need new car. Sebabnya ana risau ye kalau bawak viva legend tu mati tengah jalan sapa nak bantu kuuu T_T dahla encik somi tak muncul-muncul lagi dalam hidup ini TTTTT____TTTTT


nama myvi saya 'hanseol' yerrr ahahah

Tapi, bukan pasal kereta ya saya nak story morry harini. Actually, I just added a new commitment in life, in which will change the term 'cute' girl to 'independent' gurl agagaga. SO YAS I JUST BOUGHT MY FIRST HOME ULALA~


OKAY, cerita dia bermula apabila seketul Aisyah bersama mak dan abah berjalan-jalan di Aeon Taman Equine untuk membeli llao llao saja. Tiba-tiba, omak den ni agak pantang tengok binaan rumah dekat shopping mall ya, mula-mula tu dia tengok UNO @ Cyberjaya, I was so overwhelmed by the design solemnly because ada tennis court chuolls~ Tapi harga se-unit dia 500k+ nengko... tidak sanggup ku hendak menggalas bebanan setengah juta sepanjang 35 tahun hidup. Although the salesman is handsome, tapi sori bang, saya terpaksa reject agagaga.

And then jalan ke depan sikit, ada salesgirl beria bercerita pasal One Equine. Actually, ana sangat-sangat mengagumi bangunan sebelah One Equine, which is Equine Residence. Binaan dia sangat europian style, and lobby dia very the class you know. Tapi, ana dok ingat nama binaan Equine Residence tu One Equine, and hari-hari dok berzikir nak beli rumah One Equine (padahal salah sebut nama hahaha >,<). Begitulah bagaimana Allah mentakdirkan setiap kata-kata adalah satu doa, ana berjaya membeli One Equine, walaupun silap bangunan agagaga lantokleee


Long story short, since ana baru setahun jagung (jagung lagi) bekerja, goverment loan ana hanya melayakkan untuk membeli rumah bersaiz studio sahaja. Yola en, gaji kecik so loan boleh lulus around 300k sahaja. Sebagai seorang wanita berjiwa besar, ana memerlukan rumah besar haha. Yelah nanti nak berkeluarga, takkan nak bersempit dalam studio. So, atas nasihat perancang kewangan which is my omma, beliau mengeluarkan idea yang bernas untuk joint loan sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya. Ana pun onzzz sajurlaaa. Tapi....

Uri omma baru saja sign loan rumah uri oppa dekat Bangi lol. Oppa saya pun baru beli rumah gaes hahaha kondo lak tu. Long story short lagi, loan untuk rumah saya hanya lulus 70%, so need to pay another 30% beforehand. 30% tu korang ingat cam ciput en jumlahnya??? Tidak!!! 30% around 100k ye anak-anak semua.

Begitulah kisahnya bagaimana pengorbanan uri omma and appa yang membantu anak dara nya mencapai impian One Equine nya. Ana amat amat amat bersyukur ada omma and appa yang sediakan everything and never leave us terkontang-kanting although we're not that kaya, tapi alhamdulillah sentiasa cukup. 

Mesti korang cam tertanya-tanya en, 'Aisyah ko kan perempuan, bukan nanti kahwin duduk rumah suami ke?'... ya ana sebenarnya sudah memikirkan soalan ini, tapi uri omma jawab, 'nanti kalau merajuk dengan suami balikla rumah sendiri' agagaga jawapan yang tidak begitu meyakinkan tapi kita iyekan aje.


Aaarrgghh tak sabar nak guna court tennis diaaa!!!

So, ana dah ada rumah, dah ada kereta. Siapa nak jadi suami ana boleh cuci kaki je agagagagurauu



Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

HARI TERPALING BUSY!

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Biasa hari rabu sesi petang akan start belajar 12.30pm tau. Tapi GB suruh datang 30 minutes earlier, so should be in school at 12pm. Dah ana dari Seri Kembangan memang kena gerak 11.30am la.

So pagi tu pukul 8am dah pegi NSK tau dengan abah sebab kena beli barang meniaga KGK. Around 1 hour shopping sakan dengan wang KGK (hohoho), balik tu memang tak dan la nak sambung tidoq sat. Mandi, sarapan, solat dhuha, buat air gula jap pastu terus siap nak gi sekolah.

Sampai je sekolah, ana bergegas la letak barang KGK dekat bilik khas, sebab lepastu kena handle Go Green pukul 12pm-12.30pm. Habis je Go Green sambung kelas 12.30pm sampai 2.30pm. Sambil-sambil kelas tu sempat la latih budak pengacara majlis perhimpunan, budak sajak and budak qasidah (wow very the multitasking). And in the meantime, asyik on call dengan cikgu KGK pagi sebab diorang dah start meniaga awal. So macam kena brief selalu pasal harga makanan and so on.

Akhirnya, ana ingat tiba lah masa untuk ku berehat pukul 2.30pm, sebab next class will be at 3.20pm. So nak gi solat zohor pastu nak lepak-lepak la jap kat musolla. Tiberrrr....

"MUALLIMAH, A*** TERBERAK DALAM SELUAR!!!"

Wehlaa, dahla budak kelas ana hahahah. Kesian wey menangis-menangis dia dalam toilet sebab tercirit dalam seluar. Ana pun pelagi;

"JAP EH A***, MUALLIMAH GI AMIK SELUAR SPARE. A*** JANGAN NANGIS, NANTI MUALLIMAH BASUH YER"

Maka, mencecet la ana berlari ke bilik guru sambil diikuti budak sajak dan budak mengada takmau masuk kelas (oh lupa nak cite, ada budak sorang tu dok ikut ana sebab dia taknak masuk kelas haishla). Sampai bilik guru, mencari-cari seluar spare, plastik, sabun dan tisu, berlari la balik gi toilet atas. Budaknya dah berhenti nangis, tapi bau dia melantong wey!!! Hahaha sabo jele. Maka, 30 minit ana berada di toilet mencuci najis tinja anak suci tersebut.

So, waktu ana hanya berbaki 20 minit untuk solat zohor sebelum kembali mengajar. Maka, berlari lah ana semula ke musolla sebab 3.20pm tu kelas darjah 1 ya, tak boleh masuk lambat. Risau jadi apa-apa.

 Habis je kelas, bawak pulak budak-budak tu pergi berkumpul sebab ada sukaneka petang tu. Nasib baikla ana ditugaskan untuk berniaga, takde la kena berjemur tengah panas sambil memikirkan nasib sepanjang hari tersebut hahaha.

Itu sahaja lah kisah hari terpaling busy ana. Semoga memori ini terpahat dalam hati sanubari ku sepanjang bergelar seorang guru! (Harap bau melantong tidak terpahat ye!)

NASIB BAIK YE ANA PERNAH KERJA TASKA, JADI TAK BERAPA GELI LA NAK BERMAIN DENGAN NAJIS TINJA ANAK-ANAK SUCI NI >,<


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.