Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

HARINI GERAM LAGI!

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


Ana kan, sejak-sejak kes budak darjah 1 kelas ana hilang dari radar sekolah, dan akhirnya ditemui di jalan besar oleh orang awam, lepastu parents dia mengamuk salahkan sekolah kononya tak boleh kawal pergerakan keluar masuk anak dia (walaupun the one who should sekolahkan anak sendiri keluar masuk ikut pagar mana is their own responsibilities), ana terus off telegram public message, so that I will not hear any ketidak-puashatian parents yang tak sudah-sudah.

BUT THIS WEEK, I TURN ON THE PUBLIC MESSAGE BACK!

AND GUESS WHAT?

YA, wujud satu mesej ketidak-puashatian parents yang baru *adoiiii insert emoji sakit kefalerrr*

Ia mengenai komplen terhadap duit anak dia hilang, dalam jumlah yang besar, disimpan di bawah meja, disyaki hilang pada waktu rehat, dan tidak maklum pada ana as GK sungguhpun beliau sedar wangnya telah hilang!

And his mom meroyan dalam grup kelas; i dont know she blaming the irresponsibilities teachers, students, school, environment, weather, kerusi, meja, pensil, everything.... (ok exageratted much >,<) when the one she should be blaming is her own son (and herself too!)

First thing first, who the hell give standard 1 students 30myr to school with the reason 'terbawa?' Okla kalau TERbawa you should contact the teacher, suruh simpankan is the best thing to do.

Second, simpan bawah meja dik, waktu rehat pulak tu. Apa ko pikir ni sekolah jepun ke bawah meja berkunci? Waktu rehat memang no one is allowed to be in class, tapi ko rasa budak darjah 1 ni dahle kelas dia sebelah kantin, memang 2 saat sekali dia menjengah kelas weh.

Third, his mom kata dia ada mengadu kat ana pasal duit hilang. WEH TAKDE WEH SERIUS. Ana masuk kelas tu lepas rehat, and no issues about lost money was raised in the first placed. Anak dia jenis baik pendiam bagus tau, jadi kalau anak dia datang mengadu memang I will take action rapidly. Tapi mak dia constantly cakap "anak saya ada mengadu dekat you". SO, KAU TAK PERCAYA AKU LA?

I am okay tau kalau mak dia suruh advice other students but with the option one-to-one message with me, tapi yang buat ana jadi panas hati nya dia pergi merentan tak tentu pasal dalam grup kelas. Eh, engko ni tak hormat ke aku as GK? Tak payahla tunjuk over sangat macam cikgu ni tak buat apa2. Aku takleh laaa aaaarrgghhhh

Dia macam fitnah tau budak lain mencuri, tapi macam mana kalau anak dia yang careless drop the money anywhere?

ANA KALAU DAH GUNA 'AKU' MEMANG GERAM SESUNGGUHNYA LAA


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

NO TITLE, JUST GERAM

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


Apa yang kita nak panggil untuk manusia spesies "cakap je pandai, buatnya tidak?"

Orang korea kata "malhae chalhae"

Sejak-sejak masuk sekolah ni, banyak betul benda yang ana baru je rasai perasaan tu. okey ready tak nak dengar cerita ana? Kalau ready, sebut "yes sirrr!!"

Kisah dia bermula bila ana diletakkan sebagai guru bertanggungjawab untuk melatih nasyid bersama seorang senior ni, biar ana gelarkannya sebagai Kak L.

Awal-awal tu bila nak bincang pasal persembahan (disebabkan ana orang baru sebulan jagung kat sekolah tu), ana decide untuk biarkan akak tu buat segala keputusan since I respect her as someone that are more senior than me. So, dari pemilihan budak sampailah ke pemilihan lagu, ana biar dia tentukan (bukan ana malas pikir sedangkan ana eksaited giler kot nak ajar nasyid, tapi sbb ana hormat kat dia). But then, she leave all that hanging, no answers except dia kata "kalau nasyid biasa budak pagi la kan" sampailah ketua persembahan reach out dekat ana untuk buat semua keputusan tu.

Since dia kata budak pagi selalu buat nasyid tu, so I proceed with that. Ketua persembahan tolong ana carikan budak pagi so mudah dah kerja kat situ. And then, Kak L reach out to me kata dia takleh datang pagi sebab rumah jauh, ada anak dan agak susah untuk dia datang pagi. So, sebagai rakyat single, ana faham and ana okay jeee (ana lagi suka latih budak sendiri weheee). 

Cerita dia, dalam seminggu ada la 1 2 kali gigih datang pagi nak ajar nasyid (yela sebab budak sesi pagi kan), pastu kadang-kadang sambung latihan petang pulak. So citer dia, memang 98% kerja pasal persembahan nasyid ni ana yang settle kan. Ana seriusli tak kisah langsung akak tu tak tolong ana. I AM DEFINITELY OKAY ABOUT IT.

Tibalah hari raptai penuh. Agak mengecewakan ya persembahan nasyid sebab budak2 macam malu + awkward atas pentas. Ana agak geram la kenapa waktu latihan okay, waktu raptai tu teruk bebenor. So berlatih lagi kuat (tanpa bantuan akak tu). 

Nak dijadikan cerita, akak tu dengar cerita dari akak lain tentang betapa teruknya persembahan nasyid waktu raptai. Dan akak tu confront ana based on apa dia dengar. Guess what? Dia pergi salahkan personaliti ana yang lembut dan tak tegas penyebab budak2 tu tak serius nasyid waktu latihan. Excuse meee? Aku macam orang gila datang pagi balik petang latih budak tanpa kau without any complains, and dia boleh salahkan aku macam tu je?

Pastu dia cuba layerkan ketidak-puashatian dia terhadap ana dengan complain pasal cikgu lain yang menyibuk tegur budak nasyid + takut kena marah dengan pentadbir kalau persembahan tak okay. Hello kalau kau tegas sangat, kalau kau takut sangat, why not kau latih diorang dari awal? Apesal dah tinggal sehari sebelum persembahan baru nak tunjuk concern. You are not in the place to complain in the first place.

And sepanjang latihan nasyid tu, ada 2 kali je dia tunjuk muka nak tolong. Okay ana tak kisah pasal tu. Lepastu dia kata "ohhh okay jee", MEMANG LA OKAY DAH ANA YANG LATIH SELAMA NI. Bila ana kata "okey harini akak latih ya, saya ada kelas". She will say "alamak Aisyah kena ada la sebab akak tak tahu gaya yang Aisyah ajar diorang, cue, susunan and semua tu". Then? Respect me la. Kalau betul dia nak perfectkan balik nasyid tu, at least be prepared la. Ni semua laptop speaker guna ana punya. Yang dia tahu? Bercakap dan menyalahkan orang je...

Sesungguhnya, ana respect je kalau orang tu nak betulkan silap ana. Ana sedar mungkin ana terlalu berlembut dan tak tegas dengan budak2 nasyid tu, which results kepada ketidak-seriusan diorang. Tapi tolongla jangan nak salahkan orang macam orang tak buat apa-apa usaha langsung, and definitely the one who do all the works is ME. Yang kau tahu, cakap je -,-


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

ADAB

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

YA ALLAH YA TUHANKU KAU LIMPAHKANLAH KESABARAN YANG TINGGI KEPADA HAMBA-MU INI. KURNIAKANLAH BAGI KU ANAK DIDIK YANG MENDENGAR KATA DAN BAIK AKHLAKNYA. AMIN YA RABB!

Apa kes ni? Tiberrr je berdoa ni. Ahahah seperti yang semua tahu, ana sekarang telah pun memulakan kerjaya sebagai seorang guru sekolah rendah. Biasa orang kata "alah cikgu sekolah rendah easy je, takde apa sangat pun"... amboiii meh sini try jadi dulu satu kali, baru tahu senang ke idok nya.

Cerita dia hari ni ana puasa sunat rejab hari khamis (amboi panjang riak dia >,<) Jadi memang no water no sugar la for today. Kelas pertama hari ni ajar sirah tajuk Sifat Tabligh Nabi. SubhanAllah korang tahu sendirilah kan kalau tajuk sirah ni memang kena bercerita. Tapi budak2 ana lagilaa masyaAllah ya salam ya salam hyper dia lain macam. Diorang bosan agaknya kena dengar cerita muallimah dia ni. Lepastu jenis potpetpotpet banyak betul mulut dia nak berborak kuat2.

Ana rasa cam nak meleleh air mata tau tengok sikap diorang macam tu. Dahla ana tengah puasa, memang sabar dia limited tau. Ana cam terpikir ya Allah kenapa la sikap budak2 zaman lo ni lain betul dengan zaman ana dulu. Kita ni kalau bercakap bertembung berkomunikasi dengan cikgu, memang hormat takut betul. Diorang zaman sekarang buat cikgu macam member auu.. eyyy geram je ana

Bila ana dah geram sangat tadi, ana mula la berdiskusi sedih depan kelas "muallimah sedih tahu tak? mana pergi ya adab dengan guru, adab belajar awak? salah didikan siapa ya awak jadi macam ni?". Amik ko satu kelas terdiam, tapi 5 minit lepas tu bising balik -.- Tak tahu la nak ubah gane, siapa2 ada cara please send help!

- Ditulis ketika cerita masih panas, hati masih membara, ampun salah silap -


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.