Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

Hukum Allah atau Hukum Dunia?

Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Well, tengok dari tajuk, macam ustazah kan? Hehehe.... Ceritanya bermula macam ni.

Hari selasa yang lepas (16/10), ana dengan kaklong, caca, kak sam and deejay pegi mandi kolam dekat tutttt (tempatnya dirahsiakan). Okey, tempat tu ada dua hari yang dikhaskan untuk perempuan je guna kolam tu. So, lepas asar tu terus kitorang gerak situ. Sampai je sana, hujan rintik-rintik tapi orang yang jaga tu kasi je mandi selagi belum hujan lebat dan guruh petir menyambar. And yeah, nak masuk tu kena bayar ya, rakan-rakan. 5myr chuols mahal bapak.

Oh ya, sebelum ana pergi haritu, ana ada pergi sekali dengan geng usrah ana. So basically, memang pakaian mandi kitorang solehah la kan. So ana ingat, kalini boleh la jugak mandi kolam tu dengan pakaian solehah yang macam ana pakai haritu. Ana dengan t-shirt muslimahnya, tudung sarung labuhnya dah excited nak turun kolam dengan kaklong, meanwhile caca, kak sam and deejay tengah dalam tandas lagi. Elok je ana rendam kaki, preeiiitttttt (bunyi wisel). 

Guard lelaki: Masuk kolam tak boleh pakai tudung.

Ana: Aaaaaaa apa?

Guard lelaki: Tu tudung tu, bukak! Tak boleh bawak masuk kolam?

Ana: Eh, apa pulak! Haram, aurat, berdosa!

Ana dengan kaklong berlarilah masuk tandas balik since dah kena soundkan. Oh lupa, kat situ boleh sewa swimming cap 1myr, kitorang sewa tapi kitorang pakai atas tudung. Paham tak? Pakai tudung pastu pakai swimming cap gahahahahha kelako kan? Rupa-rupanya swimming cap tu untuk tutup rambut, habistu leher camne? Bukan aurat ke?

Macam tak nak bagi nampak sangat tudung tu, ana tuck-in tudung dalam baju. So takde la nampak sangat tudung labuh mengerbang dalam kolam tu kan >,< Dengan belagaknya, ana and the geng melompat masuk dalam kolam tu. Dalam seminit dua lepastu, datangla sorang akak ni (ana rasa dia dihantar oleh guard laki tadi sebab kitorang tak dengar cakap dia geheheh)

Akak tu: Dik, tak boleh pakai tudung dalam kolam. Kena bukak. Pakai swimming cap je.

Ana: Oh yeke,kak. Habistu, leher saya saya siapa nak cover?

Akak tu: Memang tu peraturan kat sini. Kalau nak mandi pakai tudung, pergi mandi dekat tandas rumah awak la.

Ana: *dalam hati* eh akak ni, kalau mandi rumah sendiri, takdela saya datang sini. Saya sorang je ke kak kena bukak tudung? (sebab diorang semua tudung warna hitam, tak nampak sangat tudungnya tu)

Akak tu: Semua la, yang pakai tudung. (......and dia blah.)

Oh well, kitorang berempat (without caca) keluar la dari kolam tu sebab caca sorang je pakai swimming suit. Kitorang boleh je nak bukak tudung and pakai swimming cap tu, cuma dalam guard house tu ada lelaki, and im pretty sure dia boleh nampak setiap pergerakan orang dalam kolam tu, sebab yelah what the use of guard kan? And lagi satu, kolam tu bukannya tertutup, terbukak gila. Belah depan ada futsal court, belah kiri ada padang bola sepak, belah belakang ada court tenis and sah-sah la pemain di setiap court tu berjantina lelaki bukan? Kolam tu cuma diselaputi dinding tinggi berukuran 5 meter je. Sooooooo?

And kitorang lepak-lepak la kejap tepi kolam tu dalam 5 minit, and guess what? Kesah pulak kitorang dengan peraturan dia tu, kitorang masuk balik kolam tu and buat tak tahu hahahahahah kejam. 

Ibrah dari kisah ini, mungkin bagi sesetengah orang yang masih tidak faham ilmu, anggota aurat hanyalah sekadar menutup rambut. Disebabkan ledakan fesyen tudung seperti turban, bawal and shawl dengan bidang yang singkat, membuatkan orang awam hanya mengerti bahawa aurat yang wajib ditutup hanya rambut, manakala leher, telinga, dada adalah pilihan untuk ditutup atau tidak. Salah ya, kawan-kawan. Syariat menggariskan aurat yang wajib ditutup dalam surah An-Nur, ayat ke 31,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ
Maksudnya: "Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"
See? Sudah jelas Allah SWT terangkan dalam kitab-Nya. Kerana ledakan fesyen inilah, orang awam tidak faham syariat islam, maka tercetuslah peraturan yang seolah-olah tidak menjaga maruah wanita. Yes, our aurat, our dignity. Maka, siapa yang perlu disalahkan dalam permasalahan ni? Pencetus ledakan fesyen yang tidak menjalankan research tentang aurat sebelum menjual tudung mereka kah? Atau orang awam yang hanya membeli tudung tanpa usul periksa dahulu? Well, sama-sama kita renung-renungkan....

Salam sayang dari saya, jom jaga aurat betul-betul :D


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.