Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

PENGENALAN DIRI RINGKAS DAN MUDAH DALAM BAHASA ARAB | HOW TO INTRODUCE YOURSELF IN ARABIC?

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Hai hello everybodeh. Rajin betul kan cik Aisyah ni menulis entry sejak dua menjak ni. Hehehe... tulis salah, tak tulis pun salah. Apoooo? Oleh disebabkan ana baru sahaja menghabiskan semester 5 secara atas talian dengan jayanya (Alhamdulillah sem ni subjek semua power beb, kajian la inovasi la), maka banyakla masa terluang ana untuk meniti bait kata dalam blog ni.

Hari ini, dengan berbesar hatinya ana nak berkongsi ilmu tentang bagaimana nak perkenalkan diri kita dalam bahasa Arab? Hihi biasa kan waktu sekolah dulu ustazah start cakap "tayyib, taqdim nafsaka billughah al-arabiyah (baiklah, sila perkenalkan diri anda dalam bahasa arab)", mau menggelupur satu badan nak cakap apa. Mula la tergagau-gagau kat member sebelah, "weh nama dalam bahasa arab apa eh? umur kita sebut camne ek? lahir wehh?".

Jadi, entry harini ana akan ajar sedikit sebanyak bahasa arab mudah dalam konteks perkenalan diri. Ready or not? Bismillah... lets start our first episodes of Noobs Learn Arabic :p

Gantikan perkataan bergaris dengan maklumat peribadi anda sendiri, ok :)

1. NAMA

اسمي عائشة بدرول "ismi Aisyah Badrul"

(Nama saya Aisyah Badrul)

2. TEMPAT TINGGAL

أسكن في سلانجور "askunu fi selanjur"

(Saya tinggal di Selangor)

3. TEMPAT LAHIR

يولد في كوالا لومبور "yuladu fi kuala lumbur"

(Saya lahir di Kuala Lumpur)

4. UMUR

عمري ثمانية عشرة "' 'umri thamaniata 'asyarah"

(Saya berumur lapan belas tahun)

5. CITA-CITA

أملي أن أكون طبيب "umali an akuna tabib"

(Saya bercita-cita untuk menjadi doktor)

6. MAKANAN DAN MINUMAN KEGEMARAN

أحب أرز مقليٌ وعصير برتقال "uhibbu aruzzun maqliyun wa 'asir bertuqal"

(Saya suka nasi goreng dan jus oren)


Insya Allah semoga membantu anda semua. Kalau ada nak tanya, boleh sertakan pertanyaan anda di ruangan komen atau chatbox di sebelah kanan anda. Semoga bermanfaat. إلى اللقاء ومع السلامة. Bye bye wassalam...


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.