Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

KES ROGOL DI MALAYSIA: MASIH BERSISAKAH IMAN KITA?

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Heeelllloooo everybodeh. Sebelum saya mulakan sesi penulisan hari ini, anda wajib baca disclaimer di bawah ini;

PENULISAN ENTRY INI ADALAH SEPENUHNYA MENURUT PANDANGAN SAYA SENDIRI. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Beberapa hari yang lepas, dunia hiburan kita dikejutkan dengan berita sensasi, katanya seorang pendakwah selebriti didapati merogol seorang wanita di rumahnya sendiri. Namun, kesahihan cerita masih belum dapat dikenal pasti (sehingga 30 Nov hari saya menulis entry ini). Dalam kisah beliau ini, ada beberapa key words yang perlu kita ambil peduli; iaitu 'pendakwah selebriti', 'rogol' dan 'rumah sendiri'. 

1. PENDAKWAH SELEBRITI

Menjadi pendakwah, namun berstatus selebriti. Apa tu? Alaaa... Malaysia ni kan pelbagai. Kita ada cef selebriti, menteri selebriti, dan termasuklah pendakwah selebriti. Kiranya dia menyampaikan dakyah Islamiah bukan dengan cara mengadakan ceramah di masjid atau surau, tetapi melalui platfom hari ini yang pelbagai seperti instagram, youtube, twitter dan sebagainya. Sehingga golongan ini mampu mempunyai pengikut (followers) tersendiri setanding selebriti-selebriti asli :B Cara sebegini tidak salah JIKA DIGUNAKAN DENGAN BAIK DAN TERTIB, kerana mereka mampu menyampaikan dakyah Islamiah dengan cara mereka tersendiri seperti nyanyian, tarbiah yang memberi sentapan nurani, video yang menarik dan sebagainya.

Namun, silap sekiranya niat mereka hanya untuk meraih pengikut semata-mata atau melariskan jualan sendiri, dan tidak memberi tauladan yang baik kepada pengikut mereka. Hmmm fikir-fikirlah sendiri.

2. ROGOL

Kalau kita cakap berkenaan rogol ini, fikiran kita cenderung menyalahkan si perogol tersebut. Ya, memang benar si perogol ni memang handred persen WAJIB disabitkan kesalahan. Tapi sedarkah kita, bahawa kes rogol ni melibatkan dua orang, maka di manakah peranan si mangsa perogol? Saya secara peribadi menyokong seratus peratus kesalahan diletakkan kepada si perogol sekiranya mangsa adalah bayi, sumbang mahram dan wanita yang menjaga penampilan mereka dengan sebaiknya. Tapi, kalau mangsa perogol tu hmmm... ok cool rilek rilek jom baca lagi...

Kalau diletakkan di depan si perogol tu seorang wanita yang bertutup litup dengan stoking bagai, dan juga seorang wanita yang berpakaian ketat, sendat, padat, melekat... agak-agak anda, siapakah yang perogol tu akan pilih? Dan anda rasa pilihan siapa yang menyebabkan mereka berpakaian sebegitu? Pastinya pilihan mereka sendiri. Jawapannya cukup jelas. Sungguhpun pilihan 'untuk dirogol' pastinya bukan pilihan kita sendiri, tapi berpakaian seperti bertelanjang sebegitu seolah-olah memberi pilihan dan membuka ruang untuk perogol memilih mangsa mereka. Ini belum lagi dikaitkan dengan cara bersosial. Ada orang kata 'saya lebih selesa berkawan dengan lelaki. Tak cepat sentap macam perempuan. Tak tikam belakang. Nak sembang guna bahasa kesat pun onz'. Tapi tahukah kita, bersahabat dengan jantina sejenis ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko untuk dirogol. Apatah lagi syariat menyuruh untuk kita sentiasa menjaga ikhtilat. Apa tu? Gi google :p

Tapi, bukanlah niat saya untuk menyalah cara berpakaian atau cara pergaulan si mangsa rogol. Memang betul si perogol ni eyyyy rasa nak sempuk je. Maksudnya mereka ni tak reti kawal nafsu lah kan? Kenapa? Mungkin terlalu banyak terdedah dengan video lucah atau onani sehingga terpengaruh. Atau diri sendiri yang selalu berfikiran negatif. Wallahua'lam...apa-apapun, peranan lelaki untuk sentiasa menundukkan pandangan dalam apa jenis situasi sekalipun perlu diambil berat. Sama lah macam kat atas tadi, kita kena betul-betul jaga ikhtilat, barulah kehidupan aman harmoni.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Begitu.... jadi dua-dua pihak kena ambik peranan, ok :)

3. RUMAH SENDIRI

Untuk kata kunci ni, hmm saya no comment hihi. Tapi kalau dah ikut lelaki balik rumahnya, bukan sendiri cari pasal ke tu? Cukuplah berdua-duaan di luar pun sudah boleh jatuh fitnah, apatah lagi kalau berdua-duaan di dalam rumah. Apa-apapun hanya Allah s.w.t sahaja yang lebih mengetahui. 

Alhamdulillah. Begitulah sedikit sebanyak coretan yang ingin saya kongsikan hari ini. Bukan niat untuk membela siapa-siapa, tapi pandanglah sesuatu musibah dengan hikmah. Moga menjadi pengajaran dan pedoman buat semua. Bye bye wassalam...


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.