Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

AINAA SERUM REVIEW

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

AINAA SERUM 💯ORIGINAL | Shopee Malaysia

Sekarang ni banyak betul skin care yang viral, tujuannya tak lain tak bukan untuk bantu ramai orang merawat masalah kulit. Termasuklah ana hihi :B Actually, ana punya skin jenis oily, not acne-prone nor combination. Tapi sejak masuk IPG ni, mentang-mentang elaun tetiap bulan ada, mula lah tangan ni gatal nak merasa skin care tu lah, ni lah. End up, makin menjadik-jadikla jerawat ni berumah tangga dekat muka ni. And ada satu skin care ni (quite famous) ya Allah naik jerawatnya tak tentu hala dah. Sampai mak ana tegur "kakaaakkk, stop pakai cuci muka tu!". Hmzzzz dasar kau skin care -,-

Pastu, sejak2 Ainaa Serum ni viral dan meletop, ana mula-mula cam seram nak try. Yela dok dengar sangat cakap netizen "produk timbang kilo la", "dia tak grad dlm bidang tu la", etc... ana pun memang tak lerrr :(

And then, awal bulan jan 2020, ana try la purchase dari Izzah Kamaruddin (sebenarnya lebih kpd support member jual barang >.<). Pastuuuuu, ana punya heksaited nya pakai Ainaa Serum tu sebab cepat meresap and wangi terok, 3 minggu je weh habis sebotol. Hmz nak beli lagi sebotol memang lamberttt lagi (yelah sebotol 60+ myr wehhh berasap kepala kalau beli tetiap minggu). So, perubahan dia memang tak nampak la sbb 3 minggu je ko nak tengok apa.

And then, nak try purchase lagi sekali sbb tak puas hati haritu habis cepat sangat hahaha. So kalini beli lak dari Intan Zaidi (support member lagi hmz akunya bila lah nak meniaga). Kalini memang guna jimat terok. Terok pun tak jimat cemni. Bila kata jimat, sehari pakai sekali picit je, tu pun cenonet hahaha. Apply dekat jerawat-jerawat yang merah bak saga je. Alhamdulillah a few days after jerawat kering weh. Jerawat ana ni jenis susah nak kering tau, pakaila apa2 produk skin lotion pun, susah betul. Antara acne lotion yang ana dah try such as Aiken, Eucerin, Safi Balqis, Himalaya, NuTeen, Oxy, Hiruscar. You name it. Yang agak2 berkesan pun Hiruscar la Alhamdulillah (tepok siket).

For me, honest review pasal Ainaa Serum ni is dia cepat meresap and tak melekit. And bau wangiiiii sedap. Pastu bila apply rasa sejuk2 soothing gitu. Nak cakap dia hilangkan jerawat 100 percent, tak jugak. Cuma mengeringkan jerawat tu boleh diberikan kredit. Pudarkan parut? Hmm not really. Mungkin ana kurang apply bahagian parut (nak jimat punya pasal). Mungkin pasni boleh beli lagi daripada member lain untuk fokus parut lak, who knows >.<

Kekurangan untuk Ainaa Serum ni bagi ana is harga yang tak masuk akal tidak setanding isi kandungannya. Ana berharap sangat founder boleh buat botol besar sikit tapi harga kekalkan (muaahhaha sukahati je kan). Tulah untuk orang yang hanya mengharapkan elaun setiap bulan macam ana ni, setahun mampu beli 2 botol je. Tahun bila lah nak licin berseri kulit wajahku ini. (nangis di hujung bilik T_T)

Hmmm ana rasa tu je kot nak share. Maaf atas kekurangan atau kekutukan entry kali ini. Kalau anda rasa nak purchase, silakan. Saya menyokong sepenuhnya kerana ini mungkin titik perubahan bagi kulit wajah anda (siapa tahu?). Yang penting kena yakin dan istiqamah, bak kata omputih, "slow and steady wins the race". Ok bye bye wassalam :)


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.