Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

4 TIMES SWAB TEST IN A MONTH?!

Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


 Hai ni men ta jia hao... Apa khabaree? Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri (sungguhpun hari ni sudahpun 23 Syawal tsktsk) Bukan Aisyah lah namanya kalau wish lambat2 ni hihi. Jangan lupa puasa 6 Syawal okeh? Siapa dah habis tuh, haa tepoookkk

So back to our main topic, last month which is April, adalah minggu ke 6 ana ber-praktikum di Putrajaya. Batch kitorang ni special sikit, minggu 1 hingga 3 PdPr. Lepastu, minggu 4 sekolah dah bukak, so ber-PdPc la kami. Tiberrrrr ada kluster Jalan Maktab (IPG la tu), takleh gi sekolah weh. Terpaksa la kuarantin sebulan dalam IPG tu tanpa mampu bergerak ke mana-mana. Dalam tempoh kuarantin tu, PM umumkan sekolah tutup lepas raya, maka baki 2 minggu praktikum kami disudahi dengan PdPr. Sadaqallahula'dzim...

So, nak ceritanya kat sini. Pada minggu ke-6 berpraktikum, which is kami masih di sekolah. Pada suatu pagi yang indah, ana dapat relief satu kelas Darjah 4. So okey jelah en relief cam biasa jelah. Bila tengah relief tu, ana suka gilerrr budak kelas tu sbb baik je cam kelakar je cam cantik jerrr hahaha. And habis je relief tu pergi canang satu sekolah pasal suka sangat sangat relief kelas tu. Dan khamis and jumaat minggu tu kami tak pergi sekolah sbb ada RPP so yeah habis disitu.

Pastuuuu, hari sabtu kawan sekolah menengah ana (Yusya, Reen Roza and Waenysh) ajak pegi main Berjaya Times Square Theme Park, alaa yg ada roller coaster tu. Ana onz jelaa sbb BTS tengah buat promo which is yg birthday bulan 3 dan 4 entry for freeeeee. Tanpa banyak songeh dan berkira, pagi sabtu tu gerak naik KTM, singgah NU sbb kena tukar naik monorail nak gi BTS en. So, tup tap tup tap makan kat Boat Noodle, dah habis main apa semua, ana pun check la phone.

ALLAHUAKBAR ADA 10 MISSED CALLED???!!!

Time tengah tanjat tu masuk la call dari unknown number. Ana cam apahal ni wehhhh...rupanya tu Ketua Panitia PAI. Dia tanya "Aisyah gi mana ni akak call dari tadi tak jawab". Hahaha mana la nak ingat phone tengah syok2 main roller coaster wehhh. Rupa-rupanya...

"Aisyah ada relief kelas 4 dot dot dot kan?"

"Haah kak ada"

"Disebabkan Aisyah relief 30 minit, Aisyah jadi kontak rapat kes dalam kelas tu. Ada sorg budak tu dia positif covid-19"

Ya Allah, nak gugur jantung time tu. Rasa nak terbang je balik IPG hahaha. Yelaa korang bayangkan kalau la ana positif, dahla tadi pergi naik KTM, Monorail, singgah NU kedai itu ini... Ni nak balik satgi kena lalu jalan yang sama adoiiiiiii matila aqueEEEE tak pasal pasal BTS dgn NU kena tutup sebab aku. Tapi ana cam rilek rilek, jaga SOP semua insyaAllah takde pape. Tapi srs rasa murung moody nak cekup kepala dengan telekung biar takde org nampak. Tapi apakan dayaku. Balik tu suruh caca ambik dari KTM sbb dia kata "takpa weh kita dah bersama selama ni hahahha" masheh caa ko la kawan dunya akhirat ku <3

Balik tu mmg kecoh la kat warden pentadbir apa semua sbb ana kes kontak rapat dari sekolah pertama yg dibawa ke IPG. Esoknya, warden suruh kuarantin kendiri kat aras 4 sorang2 wehh huwaaa tacodtttt. Dahla bilik tu ada tikus. Memang ana tido sambil bukak pintu la jawabnya. Esoknya 9 April ana kena first swab dekat Presint 11 dan dihantar oleh caca dan tiqah mat ghoni. Alhamdulillah first swab keputusan negative huwaaa nanangessss. 12 April 2nd swab lak dihantar oleh abi soleh alhamdulillah masih negative nananges lagiiiii.

So, ana ingat yessss dah boleh gi mana2 la en aku dah negativeeee. Tiberrr lak....

Ada kes pensyarah positif lak yak weh laaahhh. Satu kampus kena swab test babe. Ana mula2 cam takmau r swab test sbb keputusan baru dapat beberapa hari lepas en, tapi memandangkan frontliner dah datang berbondong-bondong ke IPG, ku relakan hidungku di-swab lagi oleh mereka. Maka, bergelang pink kali ketiga lah diriku.

Keputusan majoriti kat IPG negative alhamdulillah, except 2 orang dapat positive. So mereka dipindahkan ke pusat kuarantin la en. Nak dijadikan cerita, salah sorang yang positive tu aras-mate ana. So satu aras kena swab lagi sekali maaakkkk oiiiiii ana time tu nak ngamuk dah la sbb ana takde pun pergi bilik dia ke lepak ke sembang jarak dekat ke dengan dia. So apahal lak nak kena swab test lagi mencik rrrrr. Tapi nak buat cana, nama dah tersenarai. Ko nak ke taknak ke, pergi jelaaa.

Begitu la kisah ana di swab test kali keempat di Stadium Sepang. Ana cam dah lali dah dijolok hidung hahahah bila member kata "weh apesal eh rasa tak selesa hidung ni".. ana cam "ye keee biasa je" fulamak berlagak.

Alhamdulillah, beberapa hari sebelum dibenarkan balik beraya, kitorang dah diberi pelepasan untuk potong gelang pink. Alhamdulillah keempat-empat swab test ana negative. Ana memang sahih jiddan jituan NEGATIVE laaa so korang jangan dekat dengan ana okeh.

Jadi begitulah kisah bagaimana hidungku menjadi mangsa penjolokan selama empat kali sebulan. Moga kisah ini menjadi ibrah supaya kita sentiasa jaga SOP yerrr... (ana jaga ok SOP, cuma nak dijadikan cerita berada dalam kelas tu en nak buat canee).

Sekian kisah saya. Wassalam :)


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.