Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

IM A PROUD 'SUKARELAWAN SEDEKAH SUBUH!'

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


Entah kenapa malam ni tiba-tiba kesenduan dan kesedihan menerpa... mungkin sebab tengok group Sedekah Subuh ada pengganti baru, YA! Puan Mahawa dah jumpa pengganti ana huwaaa sedihnya rasa hati :'(

Sebelum mula nak sendu-sendu ni, biar ana cerita dulu apekebende Sedekah Subuh ni? Actually, Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh (PKSS) ni adalah satu organisasi bukan kerajaan yang banyak membantu asnaf dan orang miskin seluruh Malaysia. Deme ni banyak bergerak sendiri menggunakan dana yang disumbangkan oleh orang ramai. Puan Mahawa yang ana sebut tu adalah pengasasnya. Hebat bukan? Ana pulak merupakan ketua sukarelawan siswa bagi PKSS ni. Hebat jugak kan ahaksss

Before ana join PKSS ni, ana secara tidak sengaja pernah handle satu majlis yang agak besar di Bangi Golf Resort waktu awal-awal masuk IPG dulu. Dari situ la ana kenal Puan Mahawa. Pastu, Puan Mahawa macam "wah hebat jugak Aisyah ni, boleh jadi perintis ni" (ayat masuk bakul tak boleh nak angkat sebab berat) so, dari situla ana banyak bekerja dengan Puan Mahawa untuk bantu masyarakat IPG yang susah. 

Memang dari first year ana dekat IPG, ana rapat dengan Puan Mahawa dan banyak bantu dia handle tugas-tugas berkaitan PKSS ni. So memang ngamsoi la. Nak gi mana-mana, ajomm naik kereta dia >,< So, bila nampak ada budak baru yang ambil alih tugas ana selama ni (well sebab ana dah keluar kan), agak sedih dan sayu hatiku. Oh jiwa, mengapa kau sering meranaaaa~

Ada satu ketika dulu, waktu tu ada kelas secara lecture hall. Subjek Wacana Penulisan rasanya. Subjek tu Puan Mahawa yang ajar. Perrggghhh memang kaw-kaw la dia puji ana. Tinggi melangit sampai kembang la segala tudung crepe waktu tu. Dia kata "ada seorang siswi ni memang saya perasan sangat rajin. Saya suruh buat ayat, dia terus capai kertas dan pen untuk tulis. Saya memang nampak perkembangan dia sangat bagus." Walawehhh pastu dia suruh ana naik pentas baca ayat yang ana bina tu ahaksss memang jeles la satu lecture hall tu (uwweekkk :P)

Lepastu, memang kalau ada kerja apa-apa, memang ana la orang pertama dia akan cari. Member-member kalau terserempak dengan Puan Mahawa, memang puan akan sebut pasal ana laaa. Malam-malam kalau beliau call suruh buat sesuatu, tergagau la kita bukak laptop walaupun waktu tu dah tarik selimut (ana tarik selimut kat IPG pukul 10 huahuahua). Tak boleh tidur selagi Puan Mahawa tak bagi tidur ye hahah

Sebabtu agak sedih mengenangkan zaman belajarku sudah tamat. Rasa macam ya Allah cepat sangat masa berlalu. Lagi-lagi bila wujud covid ni memang pantessss bangettt. 

Ya Allah, semoga Puan Mahawa dan keluarga selalu dalam keadaan sihat wal afiat. Terima kasih kerana banyak mengajar erti kehidupan kepada saya waktu di IPG, banyak belanja makan dan banyak puji saya. Sebabtu saya kembang tak kempis-kempis ni huhu. Semoga Allah sentiasa merahmati Puan Mahawa <3

Nota kaki: Sikit la selingan sebelum tamat, nak cerita pasal Ustaz Fauzi pulak ahahaha.

Waktu sem 3 kot, ana jadi PIC kepada Ustaz Fauzi untuk subjek Maharat I. Ana ni kalau nak jadi PIC, biasanya ana akan target lect yang ana nak rapat hahaha sebab nak belajar banyak benda dari diorang kan. Bukan maksud ana lect lain x boleh belajar, cuma kita ada niat sesuatu kita nak dapat daripada mereka. Macam Ustaz Fauzi ni, beliau ni pengamal perawatan Islam. Jadi, sebagai perawat yang tengah belajar, ana nak rapat dengan dia so senang nak interact tentang perawatan tu. Faham tak? Tak faham sudah...

So cerita dia, setiap pagi ana akan whatsapp Ustaz Fauzi untuk tanya ada ke tidak kelas harini. Motif dia tak lain tak bukan sekiranya takde kelas, ana nak sambung tido ni haaa >_< Pastu satu hari tu, ana tak whatsapp ustaz sebab ana memang yakin ada kelas pagi tu. Tiba-tiba ustaz yang whatsapp ana tanya "Aisyah sihat ke? Tak sihat kerana jerebu ke" Alamaaarrkkk ana serba salah dah hahahhaha. Ustaz baik sangat tanya kesihatan saya, saya pulak selalu ambil kesempatan huhu maaf ustaz.

Lepastu ada satu hari tu, kelas Perawatan Islam biasanya dua minggu sekali. So minggu yang takde kelas tu ana volunteer nak bertugas dekat Pusat Perawatan Islam dengan Kak Nada. Kira cam kelas praktikal laa kita tengok macam mana ustaz-ustaz handle kes-kes secara berdepan. Dah tengahari camtu, pusat pun dah nak tutup, Ustaz Masrur ajak pergi beli makan tengahari untuk semua staf situ. Dah balik tu Ustaz Fauzi tanya yang mana satu lauk Aisyah pilih? Ana jawab "yang shining berminyak tu saya la yang pilih tu" hahahahhaha

Pastu, ana dengan Ustaz Masrur ni selalu menjawab tau hahah (dengan sapa je ana tak carik gaduh). Pastu, Ustaz Fauzi selalu back up ana puji-puji ana "Aisyah ni bagus sangat, rajin dan komited". Tudiaaaaa kembang lagi sekali. Ana pun apa lagi, menambah api ke dalam sekam laa. "Dengar tu Ustaz Masrur, saya ni rajin tau. Ustaz Fauzi cakap tuuu" (sambil sengih-sengih)

Haha rindu betuuuuuul la kehidupan dekat IPG bila dikelilingi pensyarah yang sempoi dan baik sangat-sangat. Rugi sangat kalau kome tak rapat dengan lect time zaman-zaman belajar dan bujang hihi.

Ya Allah, panjangkanlah umur mereka dalam keberkatan dan ketaatan kepadaMu. Semoga dikurniakan syurga tertinggi buat mereka. Amin ya rabb.

Note (berapa kali note dah): Mungkin salah satu sebab ana single time belajar sebab terlalu banyak meluangkan masa dengan lect? Tak luang masa dengan budak lelaki? Untuk renungan bersama ahakksss

Terima kasih sangat-sangat sebab baca tau! Wassalamun alaik :)


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.