Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

ADAB

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

YA ALLAH YA TUHANKU KAU LIMPAHKANLAH KESABARAN YANG TINGGI KEPADA HAMBA-MU INI. KURNIAKANLAH BAGI KU ANAK DIDIK YANG MENDENGAR KATA DAN BAIK AKHLAKNYA. AMIN YA RABB!

Apa kes ni? Tiberrr je berdoa ni. Ahahah seperti yang semua tahu, ana sekarang telah pun memulakan kerjaya sebagai seorang guru sekolah rendah. Biasa orang kata "alah cikgu sekolah rendah easy je, takde apa sangat pun"... amboiii meh sini try jadi dulu satu kali, baru tahu senang ke idok nya.

Cerita dia hari ni ana puasa sunat rejab hari khamis (amboi panjang riak dia >,<) Jadi memang no water no sugar la for today. Kelas pertama hari ni ajar sirah tajuk Sifat Tabligh Nabi. SubhanAllah korang tahu sendirilah kan kalau tajuk sirah ni memang kena bercerita. Tapi budak2 ana lagilaa masyaAllah ya salam ya salam hyper dia lain macam. Diorang bosan agaknya kena dengar cerita muallimah dia ni. Lepastu jenis potpetpotpet banyak betul mulut dia nak berborak kuat2.

Ana rasa cam nak meleleh air mata tau tengok sikap diorang macam tu. Dahla ana tengah puasa, memang sabar dia limited tau. Ana cam terpikir ya Allah kenapa la sikap budak2 zaman lo ni lain betul dengan zaman ana dulu. Kita ni kalau bercakap bertembung berkomunikasi dengan cikgu, memang hormat takut betul. Diorang zaman sekarang buat cikgu macam member auu.. eyyy geram je ana

Bila ana dah geram sangat tadi, ana mula la berdiskusi sedih depan kelas "muallimah sedih tahu tak? mana pergi ya adab dengan guru, adab belajar awak? salah didikan siapa ya awak jadi macam ni?". Amik ko satu kelas terdiam, tapi 5 minit lepas tu bising balik -.- Tak tahu la nak ubah gane, siapa2 ada cara please send help!

- Ditulis ketika cerita masih panas, hati masih membara, ampun salah silap -


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.