Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

HARI TERPALING BUSY!

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Biasa hari rabu sesi petang akan start belajar 12.30pm tau. Tapi GB suruh datang 30 minutes earlier, so should be in school at 12pm. Dah ana dari Seri Kembangan memang kena gerak 11.30am la.

So pagi tu pukul 8am dah pegi NSK tau dengan abah sebab kena beli barang meniaga KGK. Around 1 hour shopping sakan dengan wang KGK (hohoho), balik tu memang tak dan la nak sambung tidoq sat. Mandi, sarapan, solat dhuha, buat air gula jap pastu terus siap nak gi sekolah.

Sampai je sekolah, ana bergegas la letak barang KGK dekat bilik khas, sebab lepastu kena handle Go Green pukul 12pm-12.30pm. Habis je Go Green sambung kelas 12.30pm sampai 2.30pm. Sambil-sambil kelas tu sempat la latih budak pengacara majlis perhimpunan, budak sajak and budak qasidah (wow very the multitasking). And in the meantime, asyik on call dengan cikgu KGK pagi sebab diorang dah start meniaga awal. So macam kena brief selalu pasal harga makanan and so on.

Akhirnya, ana ingat tiba lah masa untuk ku berehat pukul 2.30pm, sebab next class will be at 3.20pm. So nak gi solat zohor pastu nak lepak-lepak la jap kat musolla. Tiberrrr....

"MUALLIMAH, A*** TERBERAK DALAM SELUAR!!!"

Wehlaa, dahla budak kelas ana hahahah. Kesian wey menangis-menangis dia dalam toilet sebab tercirit dalam seluar. Ana pun pelagi;

"JAP EH A***, MUALLIMAH GI AMIK SELUAR SPARE. A*** JANGAN NANGIS, NANTI MUALLIMAH BASUH YER"

Maka, mencecet la ana berlari ke bilik guru sambil diikuti budak sajak dan budak mengada takmau masuk kelas (oh lupa nak cite, ada budak sorang tu dok ikut ana sebab dia taknak masuk kelas haishla). Sampai bilik guru, mencari-cari seluar spare, plastik, sabun dan tisu, berlari la balik gi toilet atas. Budaknya dah berhenti nangis, tapi bau dia melantong wey!!! Hahaha sabo jele. Maka, 30 minit ana berada di toilet mencuci najis tinja anak suci tersebut.

So, waktu ana hanya berbaki 20 minit untuk solat zohor sebelum kembali mengajar. Maka, berlari lah ana semula ke musolla sebab 3.20pm tu kelas darjah 1 ya, tak boleh masuk lambat. Risau jadi apa-apa.

 Habis je kelas, bawak pulak budak-budak tu pergi berkumpul sebab ada sukaneka petang tu. Nasib baikla ana ditugaskan untuk berniaga, takde la kena berjemur tengah panas sambil memikirkan nasib sepanjang hari tersebut hahaha.

Itu sahaja lah kisah hari terpaling busy ana. Semoga memori ini terpahat dalam hati sanubari ku sepanjang bergelar seorang guru! (Harap bau melantong tidak terpahat ye!)

NASIB BAIK YE ANA PERNAH KERJA TASKA, JADI TAK BERAPA GELI LA NAK BERMAIN DENGAN NAJIS TINJA ANAK-ANAK SUCI NI >,<


Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.