Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

NEW YEAR, NEW COMMITMENT!

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

NEW YEAR??? Lagi berapa minggu nak January 2024 gaesss. Ya Allah rupanya nak hampir setahun saya bergelumang dalam dunia pendidikan ya. Alhamdulillah tahniah buat diri sendiri, dan tahniah buat anak-anak murid yang berjaya menahan telinga dari bebelan sebakul muallimah setiap hari >,<

So yasss, kalau kome belum tau, actually ana dah beli kereta baru ya bulan Julai tempoh hari (sungguhpun baru 6 bulan jagung bekerja), but I really need new car. Sebabnya ana risau ye kalau bawak viva legend tu mati tengah jalan sapa nak bantu kuuu T_T dahla encik somi tak muncul-muncul lagi dalam hidup ini TTTTT____TTTTT


nama myvi saya 'hanseol' yerrr ahahah

Tapi, bukan pasal kereta ya saya nak story morry harini. Actually, I just added a new commitment in life, in which will change the term 'cute' girl to 'independent' gurl agagaga. SO YAS I JUST BOUGHT MY FIRST HOME ULALA~


OKAY, cerita dia bermula apabila seketul Aisyah bersama mak dan abah berjalan-jalan di Aeon Taman Equine untuk membeli llao llao saja. Tiba-tiba, omak den ni agak pantang tengok binaan rumah dekat shopping mall ya, mula-mula tu dia tengok UNO @ Cyberjaya, I was so overwhelmed by the design solemnly because ada tennis court chuolls~ Tapi harga se-unit dia 500k+ nengko... tidak sanggup ku hendak menggalas bebanan setengah juta sepanjang 35 tahun hidup. Although the salesman is handsome, tapi sori bang, saya terpaksa reject agagaga.

And then jalan ke depan sikit, ada salesgirl beria bercerita pasal One Equine. Actually, ana sangat-sangat mengagumi bangunan sebelah One Equine, which is Equine Residence. Binaan dia sangat europian style, and lobby dia very the class you know. Tapi, ana dok ingat nama binaan Equine Residence tu One Equine, and hari-hari dok berzikir nak beli rumah One Equine (padahal salah sebut nama hahaha >,<). Begitulah bagaimana Allah mentakdirkan setiap kata-kata adalah satu doa, ana berjaya membeli One Equine, walaupun silap bangunan agagaga lantokleee


Long story short, since ana baru setahun jagung (jagung lagi) bekerja, goverment loan ana hanya melayakkan untuk membeli rumah bersaiz studio sahaja. Yola en, gaji kecik so loan boleh lulus around 300k sahaja. Sebagai seorang wanita berjiwa besar, ana memerlukan rumah besar haha. Yelah nanti nak berkeluarga, takkan nak bersempit dalam studio. So, atas nasihat perancang kewangan which is my omma, beliau mengeluarkan idea yang bernas untuk joint loan sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya. Ana pun onzzz sajurlaaa. Tapi....

Uri omma baru saja sign loan rumah uri oppa dekat Bangi lol. Oppa saya pun baru beli rumah gaes hahaha kondo lak tu. Long story short lagi, loan untuk rumah saya hanya lulus 70%, so need to pay another 30% beforehand. 30% tu korang ingat cam ciput en jumlahnya??? Tidak!!! 30% around 100k ye anak-anak semua.

Begitulah kisahnya bagaimana pengorbanan uri omma and appa yang membantu anak dara nya mencapai impian One Equine nya. Ana amat amat amat bersyukur ada omma and appa yang sediakan everything and never leave us terkontang-kanting although we're not that kaya, tapi alhamdulillah sentiasa cukup. 

Mesti korang cam tertanya-tanya en, 'Aisyah ko kan perempuan, bukan nanti kahwin duduk rumah suami ke?'... ya ana sebenarnya sudah memikirkan soalan ini, tapi uri omma jawab, 'nanti kalau merajuk dengan suami balikla rumah sendiri' agagaga jawapan yang tidak begitu meyakinkan tapi kita iyekan aje.


Aaarrgghh tak sabar nak guna court tennis diaaa!!!

So, ana dah ada rumah, dah ada kereta. Siapa nak jadi suami ana boleh cuci kaki je agagagagurauu



Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.