Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

Pengalaman Temuduga Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Jakim 2017

Salam alaik geguys and gegurls.

Pada hari rabu yg lepas,alhamdulillah ana telah dipanggil untuk ditemuduga untuk diploma tahfiz al-quran di darul quran jakim kuala kubu bharu. Macam biasalah,bila check online nak tengok pass ke tak permohonan and keluar TAHNIAH! ANDA LAYAK MENGIKUTI TEMUDUGA.... and of course,ana was like asdfghjkl seriesli? Yelah,ana mana pernah keluar tahniah bila check result online sbp dulu dulu. So,dapat temuduga ni pun gembira bagai dapat makan selori mcflurry oreo fuyyooo.

Alhamdulillah,ana start seeking soalan2 bocor dari senior2 abang yg dapat masuk dq. And the same answer repeated. KENA HAFAL SATU MUKA DALAM SEJAM. Adumaaakkkk. Hafal2 ni payah sikit. Dahla cuti ni banyak melagha.Hagham jadah betoi la aisyah ni.

So,ana mulalah tergagau gagau mintak tips dekat para para hafizah macam mana nak mudahkan hafalan. They brought up a lot of tips tapi those tips berkesan kpd empunya diri saja. Yelah,lain orang lain caranya. But,few days before interview tersebut,praktis ur hafalan. Klau boleh decrease kan masa setiap kali hafalan. Macam ana,first try hafal,ana dapat 50 mins. Sec try,ana dapat 40 mins. Third try,35 mins. So,you can see the graph are falling right. Ana macam fulamakkk hebat gak aku *ceh riak*

Ana dapat interview hari rabu. Start ahad malam tu dah start praktis dah. And macam biasa,si stalker aisyah ni mmg suka mengagau dekat orang. Ana ada kawan yang dapat interview hari isnin so dah roger dgn dia nanti bagitau lah apa yang kena buat dekat sana hehehehe so that ana ada persiapan awal.

Alhamdulillah,beliau tak lokek ilmu. Beliau kata kena jawab 5 soalan tajwid and 5 soalan arab dalam masa 5 minit. And at that time,kena masuk bilik panel sorang2. Lepastu,dia bagi page untuk hafal dalam sejam. And boleh keluar dari bilik panel tu untuk pergi hafal dekat mana2 tempat tenang dan sunyi. Lepas sejam,kena pepandai masuk bilik panel tu balik cakap TUAN SAYA NAK TASMIK. Lepas dah tasmik,boleh balik. Itu apa yang beliau kata. Namun,lain yang jadi pada saya.

Sangaaaaaaat lain. Mula2 kena pegi check borang dekat dewan. Then,dia bagi bilik panel. Ana dapat panel H. Sesampainya di sana,ana pelik kenapa budak2 panel lain dok luar,budak2 panel ana kena buat halaqah dekat dalam. Ni dah lain macam ni. So,tanpa banyak soal,ana buat jelah halaqah. And kenal sorg budak ni dari imtiyaz terengganu. Namanya Ruqaiyah. Panel tersebut suruh kitorang perkenalkan diri sorang2. Aikkkk kawan ana kata masuk bilik sorang2,kenapa kitorang ramai2 niiiii.

Lepastu,tarik kerusi buat macam nak exam tu. Means,duduk jarak2 lah. Dia bagi kertas soalan tajwid and arab macam kawan ana kata tu. Aikkkk jawab pon ramai2 ke alaaaa kata sorang2. Dia kata jawab 5 min kan? Tapi ana rasa macam dah 10 min tapi still panel tu tak kutip2 pon. Lepastu panel tu kata,sapa dah siap boleh hantar. Ana orang first yang bangun sebab nak dapat page cepat so boleh tasmik cepat so boleh balik cepat yeayyy.

Ok. Maka,panel tu bagi surah Al Qisas page 844. Ok ana tak kisah sebab sebelum2 tu ana dah hafal macam2 page dari surah Al Baqarah,Ali Imran and At Taubah. Lepastu,ana kata lah dekat panel tu.

ANA: Tuan,saya nak hafal kat luar tau.
PANEL: Eh takpayahla,hafal dalam ni je. Nanti,kami nak panggil susah. Tak jumpa.
ANA: Ala tuan,depan bilik ni je. Bolehla.
PANEL: Hafal depan tu bising,orang lalu lalang. Nanti kawan2 kamu pun hafal dalam ni jugak.

Aiseyman tuan ni. Ana dah asdfghjkl adoyai macam no ana nak hafal niii. Ana ni jenis hafal yang kena baca kuat kuat. Takkan nak baca kuat kuat dalam bilik ni kan? Kesian la budak2 lain. Adoii macam mana niii?

Ana dah pandang panel tu besaq keciq besaq keciq je. Nak hafal kat luar tuan tolonglahhhh. Ana berharap sangat ada orang lain mintak nak hafal kat luar jugak,namun HAMPA.

And,so you knows,lelaki kalau menghafal mengalahkan singa jumpa kancil je. Dia punya baca tambah suara dia memang bergegar bilik tu. Oh lupa nak cakap,setiap bilik bercampur laki perempuan. Lepastu,dengan panel bersembang je aiseyman geram je ana. And nearly 30 min,ana baru hafal half m/s and tu pun tak lancar. Adoi mana pergi record cantik ana sebelum ni.

Nak bagitau,sebelum2 tu ana memang hafal dalam suasana yg sunyi dan tenang. So,bila kena hafal dalam suasana yang grrrrr macam tu,mana tak terkejut otak ana ni. And sampai detik terakhir,ana fed up. Ana baca jelah sampai mana yang termampu sebab memang ana tak boleh nak adapt dengan suasana macam tu.

Yas,impian ana tercapai. Dapat jadi org first yang balik. And sekeluarnya ana dari bilik panel tu,geram je menengok budak2 bilik panel lain sesedap je menghafal dekat tangga lah,menghadap tasik lah,menghadap gunung ganang lah,tepi longkang lah. Allah,dugaan apakah ini?

Sesungguhnya ana memang geram betol. So beware ye geng,bukan apa yang orang cakap tu 100% betul. Kalau dapat lain,kan dah frust menonggeng tu. Tertonggeng orang lain nak memujuk. Ana dah belajar dari kesilapan ana,moga kalian mengambil pengajaran. Sekian,pengalaman ana dari hati yang tulus ini. Moga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada adik2 diluar sana. Jangan takut,do your very best! Innallahama'ana :) Wassalam.
Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

17 ulasan:

  1. Balasan
    1. soalan basic je yg ditanye, macm mase kite kat sek. men. ...

      Padam
  2. Takde soalan utk bhsa inggeris ke ?

    BalasPadam
  3. takde, yang ada bi tu kalau tak silap untuk pensijilan, cuma skarang tak pasti pensijilan tu sama proses / soalan interview atau dah tukar sebab tarikh kemasukan mereka dah ditukar. yang diploma masih sama insha Allah, format interview.

    BalasPadam
  4. oh tambahan, tapi bahasa inggeris ada diajar di semester 2 dan semester 3. harap membantu

    BalasPadam
  5. Biasanye surah ape yg akan ditasmik? Time tasmik tu surahnye dh ready hafal sblm ni atau smpai sane baru nk hafal surah yg diberi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia main bukak je page mana2 dalam Quran. So, kebiasaannya mmg surah yg tidak dijangka

      Padam
  6. Bahasa arab tu dia tanya ape?? Ada tak dia tnya soalan i'rab ke?? Atau soalan basic mcm tinggal kat mna ke?? Nama siapa ?? Mcm tu ke?

    BalasPadam
  7. Bahasa arab tu dia tanya ape?? Ada tak dia tnya soalan i'rab ke?? Atau soalan basic mcm tinggal kat mna ke?? Nama siapa ?? Mcm tu ke?

    BalasPadam
  8. Bahasa arab tu dia tanya ape?? Ada tak dia tnya soalan i'rab ke?? Atau soalan basic mcm tinggal kat mna ke?? Nama siapa ?? Mcm tu ke?

    BalasPadam
  9. Bahasa arab tu dia tanya ape?? Ada tak dia tnya soalan i'rab ke?? Atau soalan basic mcm tinggal kat mna ke?? Nama siapa ?? Mcm tu ke? And soalan tajwid tu yg asas ke yg ssah??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tak tanya i'rab. Dan dia tak tanya soalan basic macam tu. Kebanyakkannya soalan berkenaan isim, fe'el dan setara dgnnya :)

      Padam
  10. Btw akk lulus x iv,, yg hafal tu cam perit je 😫

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Akak mmg dah jangka akak tak lulus pun iv tu, and nak buat rayuan pun rasa cam tak layak je..hihi dont worry dik, macam akak kata kena berlatih byk, usaha, ikhtiar, tawakal, doa. Kalau ada rezeki awak, insyaAllah Allah akan permudahkan. Caiyok!

      Padam
  11. Mcm mana boleh ada page 844 dlm quran ni... Rasanya sampai page 604 jer🤣🤣🤣 sy ingat nk try hafal laa sbb dpt interview tp sekali tgk page 844

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhihihi sorila manusia mudah buat kesilapan...saya dapat surah Al-Qasas muka surat 388. Sori yee

      Padam

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.