Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

Pengalaman Temuduga PISMP Bidang Pend Islam 2017

Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...

Hahahahaha yas gelaklah sesuka hatimu. Ini kali ketiga ana ditemuduga dalam tahun 2017. Maka,dengan sukacitanya temuduga ketiga ini adalah hasil keberjayaan temuduga kedua iaitu UKCG (eh ukcg tu bukan interview ler syabad oii) Alah,kira sekufu lah tu heh.

Alhamdulillah,ana dapat bidang pend islam di ipg bangi. Everything goes well that day. Dari keluar rumah sampailah ke sana. Tiba²,dalam keterujaan + kegementaran hendak ditemuduga tu,mak sesaja nak check balik borang. Tup²,adoyai gambar lupa nak tampal. Hah,nasib baik ibuku ni memang kaunselor bersedia. Beliau dah siap guntingkan gambar anaknya ini malam tadi ketika anaknya ini sedang nyenyak tidur. Gam? Well,she got one in her bag. Alhamdulillah,takde masalah lain dah lepas tu. So,beware ye guys. Check check check everything sampai checkmate,ok?

And ketika tengah menunggu nak diberi arahan,ana kenal dgn sorang si cantik manis ni. Kitorang bertukar² soalan. Ana bagi tips i'rab kat dia(ceh macam pandai sangat i'rab) and dia bagi some questions yg mungkin akan ditanya. Tengah² syok betukar tu,sorang pegawai panggil masuk auditorium untuk taklimat sikit.

Time taklimat tu,barulah ana mengenali kumpulan discussion ana. Alhamdulillah,kami satu²nya grup yang takde lelaki yeheeeeeettttt im so happy. Then,kami dipindahkan ke tingkat lima. Sakit kaki den memanjat tangga tersebut. Sampai skrg sakitnya tau. Pegawai tu cakap kump kitorang dijangka temuduga pukul 10.30 pagi dan ujian amali pukul 2.45 petang. Ana dah adoyaiiii lama lagi lah. Mak ana dahla tak ambik cuti,beliau sekolah petang.

Yas,jadual dirombak semula. Pukul 9 lebih camtu,kump kitorang dah kena panggil untuk ujian amali. Ana dah cuak secuak cuaknya. 😨😨😨. Nak tahu apa yang ditanya? Ujian amali ada dua stesen. Stesen pertama dia test baca Quran,baca jawi and tulis jawi. So easy as ABC right? Manakala stesen kedua ditanya untuk membaca tulisan arab tanpa baris(and kena bunyikan baris huruf last tu yang orang selalu lupakan),kena bina 4 ayat dalam bahasa arab berdasarkan gambar (ana dapat gambar buah oyeah),kena i'rabkan dua perkataan yang diberi (gilo bak hang),and ditanya 3 soalan tentang fardhu 'ain (haaaa yang ni ana ditanya tentang 5 perkara yang mewajibkan mandi wajib,5 nabi ulul azmi dan baca doa lepas azan) Hahahahaha alhamdulillah boleh jawab la kan soalan darjah 6 *bapak bajet astaghfirullah*

Habis je ujian amali,terus masuk bilik temuduga. Mula²,kitorang kena bagi folder dengan segala sijil (yang ori jgn lupa bawak eh). Lepastu,duduk depan panel ikut senarai nama. Ana dah mula cuak nak mengingat balik segala dasar kerajaan dari NKRA sampailah ke Linus 2.0. Engko tahu dia tanya apa? Dia suruh kitorang listkan kebolehan yang kita ada then persembahkan depan dia. Dah macam ujibakat dah den raso nih. So,ana memang suka bab² ujibakat ni. Ana buat kawad komander,gurindam,nasyid,nursery rhymes haaaaa gila nengko. Nasib baik sejak kerja taska ni menghafal lagu Thomas and friends so ana apalagi en hahahaha. Ana rasa,tujuan utama dia buat ujibakat ni sebab yas,seorang cikgu perlu ada bakat untuk tarik minat murid dia agar murid dia tak bosan hah.

Selesai berujibakat,kitorang kena discuss pasal satu isu dalam kumpulan. Kitorang dapat isu gangsterisme. Yang paling penting,korang kena banyak banyak banyak cakap. Tapi,jangan sampai tak bagi chance orang lain. Asyik korang je conquer tak best gak. So,berkongsi²lah idea dan pandangan bersama.

Alhamdulillah,ana selesai dalam pukul 12 camtu. Takdelah seperti yang disyak jangka kan. And also,takde langsung ditanya pasal dasar kerajaan hahaha mungkin sebab kitorang hari last kot,dia dah letih ber-dasar². Apepun,good luck adik² yang bakal ditemuduga. Be prepare guys. Jangan esok nak interview,harini baru nak print borang amik gambar segala. No no its a no. Lepastu datang lambat pulak tu adoiii awak dah bagi tanggapan buruk pada panel tu. Nak jadi cikgu kena on time. Kena prepared ok? Best of luck. Insya Allah. Wassalam 😁




Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

2 ulasan:

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.