Selamat Datang Ke Daerah Jajahan Saya!Dunia AisyahBadrul's! Jom Follow >>Atau Ke<< Dashboard Awak!

A Little Reunion of 18's Girls :)

 Ahlan + Wasahlan = Assalamualaikum...


First of all, sebelum ana memulakan bicara, ayuh bersyukur dahulu atas semua nikmat yang kita ada harini... Alhamdulillah ya Allah :)

So yaaasss! Semalam (10/9/2020 = rabu), I went for a small reunion of 18's girls (basically aspurie). At first, perancangannya Yentey nak jumpa Supergirls je, which consists of me, Izzati, Atifah and Waneysh. Then, we (me and Atifah) started to add people to the lists hahaha lagi ramai lagi meriah ye dok? And guess what? Final list consists of 10 people hahahaha dengan tambahan Fairyhah, Iylia, Yaeinaa, Farah dan Aina Z. So, kami ni macam #gengbuathalsendiri kat aspurie. Tak hot pun, beshe2 je...

Actually, on the day itself I've 2 classes from 8am to 12.30noon. Start gerak dari rumah pukul 10.40am centu, so by that mean I need to attend the second class on the road, which is Pendidikan Inklusif class. Mantul weh ber-google meet dekat LRT station while waiting for Fairyhah yang tgh ber-google meet kelas yang sama jugak (we're ipgians y'know). Nasib baik lect tak sebut nama, kang kantoi background bunyi tren.

Si Fairyhah ni punya kohasam, dia dah sampai kat LRT Kinrara, idokle dikabonye. Ana tengok dia dari jauh, macam dia macam tak. Panggil nama tak disahutnya. Ana pun emm salah orang la kot, so lantak jela kat dia. Tetiba dia "Syahhh weh hahahahahahah"... kohasam betul hahaahah rasa nak tolak dia jatuh kat landasan. Anyway, dia ni best kalau diajak berjalan, ada je ceritanya. Kami sama2 ipg walaupun lain kampus, so subjek and aktiviti biasanya sama tapi jalan cerita lain. So, mmg takkan habis la ceritanya kan. Nanti kita jalan2 lagi, okey :)

Bila dah janji nak kumpul ramai2 dekat Seoul Garden Hot Pot MyTown, so memang penuh la meja cite dia. Tapi kami dok tunggu mastermind program yang tak kunjung tiba. Nak order tak reti. Around 30 mins, baru la nampak batang hidung Atifah, Aina Z and Yaeinaa. Hmm ana tak taula nak komen apa pasal makanan kat situ, for me okayla janji boleh telan. Bak kata Ustaz Dr. Izhar, adab kita dengan makanan kena selalu puji makanan tu. Tapi, the best korean franchise food for me is Kfry. Ulang makan 10 kali pun tak bosan. Yang lain tu cukupla try sekadar sekali dua je, janji boleh sebut kat orang kita pernah makan situ kuekuekue...


Ni laa makanan dia... boleh laa buat tarik selimut >,< (bak kata mak)

Alhamdulillah, makanan kami fully sponsored by orang kaya Atifah. Syukran Atifah, moga rezeki sentiasa melimpah ruah dan diberkati hihi love youuu (selamat duit makan anaa hahahah).

Dah habis makan, pegi solat Zohor. And then kami berpecah kejap sebab tak semua window shopping yang sama. Atifah, Aina Z, Waenysh dgn Yaeinaa pegi tengok2 baju and kasut, Yentey, Izzati dgn Farah gi food hunting while ana, Fairyhah dgn Iylia pegi jalan2 kat Ikea sebelah MyTown jee... saja bawak si Fairyhah ni katanya tak pernah pergi Ikea. Habis tu, kami kumpul balik sat sebab Izzati, Yentey dgn Farah nak balik dah since depa naik kereta. So bye bye tata titi tuu peluk cium semua laa...


Ni Yentey. Actually main program ni nak sambut dia balik Mesir dah tak lama lagi... jaga diri noh kat sana, belajar rajin2. 

After that, we went for solat Asar. Pastuuuu, haa part ni yg syok ni. Kami pi main Escape Room. Normal price 42myr, tapi utk student price 35myr alhamdulillah murah lah siket. Awal2 tu Tipah kata kena pecah 2 group, so ada yg 4 ada yg 3. Kami yg solat tadi 4 org, so kami dah sepakat nak satu group. tapi si Atifah kata nak lat ta li lat ta li tam plom pulakk hahahha so kami 4 org dah gang up semua buat tangan putih hahahhaha kohasam betui. Last2 bila kat tempat kejadian, ada rupanya story yang memuatkan 7 orang. So kami pilih story HIDE AND SEEK.

Story ni bila dah ramai boleh join, maksudnya level dia tu mmg hard as rock la kan. Tak tau la tang mana hide and seek tu, takde la pulak kami main sorok2 dalam tu. Awal2 lagi ana dah tanya abang tu, "ada hantu keee?", dia punya stres jawab soalan yg banyak kali ditanya tu "takde takde jumpscare dik". Hahahaha sorry bang, saya adrenaline junkie, bukan haunted house junkie >.<

So, untuk yang tak tau, story hide and seek ni dia ada 3 rooms yang kena unlocked, and setiap room ada 2-3 clue yang kena crack. Dia bagi 50mins untuk settlekan semua rooms, and boleh guna 4 hint je which kena tekan bell. Kami rasa takde satu pun code yg kami berjaya crack sendiri, semua mintak hint hhahahah dasar. Last2, disebabkan takde customer kot time tu, sampai ke sudah kami asyik mintak hint je, and masa pun dah berlebihan sangat. Ana dapat crack first code tapi depa dah tekan bell dulu, so sebelum ana dapat bersuara, abang tu dah bersuara dulu hmm takpelah biarlah ana bangga disini saja hahahahah. Apapun, game ni best sangat untuk rapatkan ukhwah yg dah lama renggang and jjang!


Ni kalau dia x sediakan hint ni, sampai harini kami tak keluar lagi dari situ.

Lepas main Escape Room tu, kami pun gerak solat Maghrib. Since biasa la mall kan, solat Maghrib paling pack, so kami solat kat parking basement. Jangan salah faham ya, semua dah jaga wuduk dari tadi, and parking basement tu memang sunyi sepi krik2 takde satu kereta pun. And kami amik ruang bahagian welfare/warehouse yang agak terpencil, so memang takde ganggu sape2 or apa2 hahahah janji solat ye dok?

Last but not least, habis tu pegi food hunting sat sebelum tata titi tutu semua orang yang hadir. Great bonding time I can say. And semoga kita berjumpa lagi satu hari nanti insyaAllah :)


Ukhwah fillah abadan abada :)

InsyaAllah, semoga kita semua terus istiqamah di jalan-Nya. Amin ya rabb. Wassalam :)

Everything Good Is From Allah SWT, Praise Only Him: Alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
AISYAH BADRUL COPYRIGHTED.ALL RIGHT RESERVED.